saiyidahmustaffa

Monday 20 May 2013

SEBULAN ALREADY . HIKHIK :*

HOI HOI , HI SAYANG :>




Harini genap sebulan oh kita kan kannn ;) haha ecehh , baru sebulann saiyidah -.-
tak kisah lah kan , ini pencapaian kedua wa yang terbaik , haha boleh lah tahan sampai sebulan . oh yeahh haha -.- pencapaian pertama dulu , lagi beberapa hari je nak genap setahun , then tak jadi . hehehe , kalau dgn saiyidah ni memang susah orang lelaki nak bertahan . well well , ego wa tinggi sangat , payah nak bersweet sweet ni . so , cepat lah orang boring kan .

deyy honey gedik , actually saya dah mula rasa awak jauh je dengan saya . awak tak sama pun macam yang mula mula saya kenal awak dulu . lain k LAIN :( you never care about me .hmm , tapi sokayy ah , saya faham , awak dah boring lettew kan . saya tahuuuu ! kalau awak dah taknak , takpe , tell me . saya lebih suka kalau awak terus terang daripada saya tahu daripada orang lain macam saya kena dulu :<

yes , my ego so high but seriously deeply inside my heart my ego at the last level :')


HAPPY ONE MONTH ANNIVERSARY GEDIK :*

Friday 17 May 2013

alahhh alahhh ,
UITM or MATRIKS ?
dilema gila gila niii .UITM wa nakk sebab lebih selamat . tade kena tendang tendang and sijil laku bila nak cari kerja . tapi kalau matriks wa nak pulak sebab masa dia pendek and course dia menyeluruh sc . so kalau keluar nanti boleh amik course yg dlam bidang doktor sikit . alaaaaaaaaaaa .

MANA SATU NI ??????

ALHAMDULILLAH :)

Semalam , 17 MEI 3013 , keluar keputusan UPU . Alhamdulillah , dapat ! :)

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
E2034 - DIPLOMA PEMULIHAN CARAKERJA (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
UiTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

URL SURAT TAWARAN - http://www.online.uitm.edu.my/

alahai , bersyukur tak terkata der . hmm hmm , tapi bila tengok tawaran ni . Diploma pemulihan carakerja ? hmm macam mana eh bidang kerja ni . actually saya tahu benda ni pun sebab selalu hantar ayah kat klinik rehabilitasi . so , selalu lah nampak bilik Pemulihan Carakerja ni . tengok macam best je ohh , macam dah jadi doktor dah . pakai coat putih tu , uihh smart gilaaa . so , masa nak mohon upu haritu saya try lah mintak ni . last last , option yang saya tak pasti tulah yang dapat . hehehe .

lepas dapat je tawaran ni ,terus wa search cabang course .
Pemulihan Carakerja (Terapi Carakerja) atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah satu profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghak upayaan individu dalam merawat kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna.
Rawatan adalah berbentuk modaliti adjunktif, aktiviti terapeutik, sensori integrasi dan rundingcara pemantauan dan pencegahan.
Tiga aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras terapi carakerja untuk dicapai oleh pesakit:-
• Berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)
• Menyumbang kepada produktiviti (Work)dan
• Melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (Leisure).
DESKRIPSI TUGAS
Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dan Jurupulih Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapist (OT) mempunyai peranan berikut:
Menjalankan penilaian piawai untuk mengenal pasti bidang prestasi carakerja pesakit dari tiga aspek ADL, Work dan Leisure.
Menjalankan penilain terhadap komponen prestasi carakerja yang terlibat untuk melaksanakan ADL, Work dan Leisure.
Menjalankan penilaian persekitaran (rumah, tempat kerja, sekolah dan persekitaran awam) untuk membolehkan pesakit berdikari dengan kecacatan (handicap) yang ada.
Mengimplementasikan terapi mengikut tahap keperluan pesakit menurut empat piawai.
Cara adjunktif, Aktiviti terapeutik yang menggalakan penyembuhan (enabling).
Aktiviti kefungsian yang bermakna untuk disembuhkan (purposeful), dan Perlaksanaan carakerja berkaitan dengan peranan.
Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara atau kekal berdasarkan penilaian ke atas bidang dan komponen prestasi carakerja pesakit.
Perkhidmatan rundingcara promotif, curative dan rehabilitatif dari aspek terapi carakerja.
Melaksanakan dokumentasi mengikut piawai yang ditentukan.


heheheh . inilahh .. not bad lah . okay jugak . dapat merasa jugek jadi ala ala doktor ni .


alaa . hmm cuma tak tahu je ni uitm kat mana . tapi rasanya macam kat puncak alam je . sebab kebanyakannya wa search tadi , semua banyak amik kat puncak alam ni je . okay jugakk tu , dekat :)


kbabaii . assalamualaikum :)